follow and dashboard

gantung kat blog


background

Cara Untuk Menjimatkan & Mengurangkan Penggunaan Bil Elektrik



Hai semua.
Bil elektrik melambung tinggi? Kalau dulu hanya RM60 tapi sekarang sudah mencecah RM100 dan keatas?
Pening kepala memikirkan bagaimana nak berjimat.
Sebenarnya, anda mampu mengurangkan serta menjimatkan kos bayaran bil elektrik…
Ops, mengurangkan ye.. Bukan menghilangkan. Hehe…
Ok, di sini ada beberapa tips @ cara bagaimana nak berjimat…

1) Kenalpasti dahulu apa jenis barangan elektrik yang ada di rumah anda.. Normally, semua mesti mempunyai perkakas asas ini kan?
    a) mesin basuh
   b) peti ais
   c) televisyen
   d) penyaman udara
   e) periuk nasi elektrik
   f) kipas
   g) dan sebagainya

2) Untuk pengetahuan semua, barangan elektrik yang mempunyai voltan yang tinggi adalah terdiri daripada PENYAMAN UDARA, MESIN BASUH AUTOMATIK, SMART TV, PETI AIS, VACUUM.  Ini adalah antaranya yang paling kuat menggunakan caj elektrik.

3) Bagaimana jika saya harus sentiasa membukanya sehingga 24 jam sebagai contoh peti ais?  Yup, kita TIDAK MUNGKIN mematikan suiz peti ais kerana ianya harus dibuka 24jam.  Bagaimana caranya? Anda boleh menjimatkan penggunaan caj elektrik dengan mengurangkan suhunya.  Gunakan 1 atau 2 volt suhu sejuk.  Pastikan selalu menyahbekukan ais yang terkumpul di bahagian “freezer”.  Dan elakkan daripada memasukkan masakan yang panas dan masih berwap ke dalam peti sejuk kerana peti sejuk akan berusaha kuat untuk menyejukkan udara di dalam peti ais, maka usaha yang kuat itu akan berterusan tanpa henti dan menyebabkan caj elektrik pun turut tidak berhenti.

4) Jimatkan penggunaan PENYAMAN UDARA.  Bagaimana caranya? Buka dengan voltan yang sederhana antaranya 27 – 30 darjah celcius serta adjust ke penggunaan “eco” untuk “economy”.  Penggunaan kuasa yang tinggi akan menyebabkan pengaliran elektrik yang tinggi serta ia juga tidak baik untuk kesihatan kita.  Bersederhana itu penting untuk kebaikan serta kesihatan kita.  Jangan biarkan ia terpasang jika tiada orang.  Pastikan semua kawasan tertutup kerana ruang yang terbuka membuatkan PENYAMAN UDARA akan berusaha berterusan selagi tidak mencapai tahap suhu yang ditetapkan.  Usaha yang berterusan itulah penyumbang tingginya bil elektrik. 

5) Setting SMART TV ke “SAVE ENERGY”.  Ia akan mampu mengurangkan voltan penggunaan LED dan menjimatkan elektrik.  Tutup apabila tidak digunakan.  Ops, jangan lupa, CABUT sekali plug kerana jika tidak, pengaliran udara masih terhasil dan caj elektrik tetap dikenakan walaupun tidak banyak.  Tapi lama-lama akan jadi bukit, kan?  Ia kerana kita meletakkan ia dalam kondisi “standby”.

6) Jimat elektrik dengan kurang penggunaan MESIN BASUH AUTOMATIK.  Kerana, ia bukan sahaja menggunakan tenaga elektrik yang banyak, malah penggunaan air yang banyak juga.  Caranya, basuh baju ketika sudah banyak.  Jangan basuh jika hanya sehelai dua.  Jangan masukkan sabun terlampau banyak.  Kerana apabila sabun yang banyak dimasukkan, maka penggunaan air juga banyak serta penggunaan elektrik tinggi kerana membasuh dengan lama.  Ketika habis menggunakan MESIN BASUH, tutup plug dan CABUT.  Percayalah, ia mampu menjimatkan elektrik anda.

Baiklah.  Rasanya, saya sudah cuba memberi anda TIPS bagaimana mengurangkan serta menjimatkan bil elektrik di rumah anda.  Simple je kan, tapi nak buat tu yang susah.  Disiplin adalah salah satu TIPS dalam usaha menjimatkan bil elektrik rumah kita.  Bak kata ADIBAH NOOR, “nak jimat, mudah ajerr…” hehe.

Cara saya pula, saya akan mencatatkan jumlah penggunaan elektrik setiap hari di rumah saya.  Caranya?  Mudah aje.  Saya merekodkan penggunaan elektrik sebelum saya ke tempat kerja dan jumlah tersebut saya tolak dengan jumlah penggunaan elektrik sebelumnya.  Anda boleh melihat jumlah tersebut di METER bacaan elektrik rumah anda serta catitkan.  Penggunaan saya selalunya sehari 9 kwt.  Tapi, kadang-kadang saya boleh mengurangkannya hingga ke 6kwt.  Tapi kadang-kadang, melebihi hingga ke 12kwt.  Apa-apa pun, mengambil tahu bacaan meter itu penting untuk kita berusaha menjimatkan bil elektrik rumah anda.  Bila sudah terlalu tinggi penggunaannya dalam rekod anda, anda akan secara automatik berusaha mengurangkan penggunaannya…  Ingat, total sebulan penggunaan elektrik diantara 0-200kwt, anda selamat kerana anda hanya perlu membayar RM 0.218 per kwt iaitu jika penggunaan elektrik anda 200kwt = RM 43.60.

Namun, jika melebihi hingga ke 300kwt, maka baki selebihnya iaitu 100kwt x RM 0.334 = RM 33.40
Maka bil anda jika penggunaan elektrik 300kwt =  RM 77.00

Sebaliknya jika penggunaan elektrik anda melebih 301 dan keatas, maka ia adalah suatu yang paling saya takutkan iaitu caj untuk per kwt akan menjadi RM 0.516
Jika penggunaan elektrik anda ialah 415, maka 115kwt itu haruslah di DARAB dengan RM 0.516, [ 115 x 0.516 = RM 59.34 ]
Maka jumlah keseluruhan yang harus anda bayar pada bulan itu ialah
[ RM 77.00 + RM 59.34 = RM 136.34 ]

Oh.. bagi saya, memang terlalu MAHAL.  Kerana dengan jumlah yang banyak itu saya boleh membeli barangan keperluan rumah yang lain lagi.  Sangat merugikan.  Jadi, BERJIMAT adalah cara yang baik untuk mengelakkan pembayaran yang berlebihan.  Jadi, tunggu apa lagiiiii….JOM BERJIMAT… !

TUTORIAL HOW TO MAKE COMPUTER SMOOTH, CLEAN & FASTER




How to make your computer / pc or laptop is more smooth, clean and faster?  Here are some tutorials to make your computer is more smooth and faster. 
There are easy in 5 minutes only and it will solve your matters.

  1. Click at the “start” button, then type on the “search box” and type “run”
  2. At the “run” box, please type “%temp%”, then enter.
  3. Click button “ctrl”+”A” for control all, then enter “delete” button.
  4. Then click at the “run” box again, then type “prefetch”, and enter.
  5. Click button control all and then “delete”.
  6. After that, at the “search” box, just type “disk cleanup”.
  7. Control all the box and then delete.
  8. Done!

It’s just simple and easy way how to make your computer faster and smooth.
That’s all.  Thank you and bye.
Anything, just write down at the comment below and I will replied you as soon as possible.  
To watch the TUTORIAL, please click link below.. 
Thanks again ya! 


https://www.youtube.com/watch?v=duFGwYEzDHA